Huraikan struktur dan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w., sehingga zaman Bani Abbasiyah.

Pengenalan

Struktur dan organisasi ketenteraan berbeza mengikut zaman. Perbezaan itu dapat dilihat dari segi jenis-jenis tentera, komposisi, strategi peperangan, dan sebagainya. Namun demikian struktur dan organisasi ketenteraan penting demi mencapai matlamat dan kekukuhan politik negara.

Dari segi komposisi tentera, pada peringkat awalnya jumlah tentera Islam yang dipimpin oleh nabi Muhammad tidak ramai jumlahnya. Misalnya dalam Perang Badar, tentera Islam hanya 313 orang dan jumlah ini meningkat kepada 3 0000 orang semasa Perang Khandak. Jumlah tentera Islam dalam Perang Hunain dan Taif ialah 10 000 orang. Jumlah tentera Islam semakin bertambah ketika Perang Tabuk iaitu seramai 30 000 orang.

Pada peringkat awal, tentera Islam hanya bergiat aktif di darat sahaja. Khalifah Umar mula meneroka jalan laut dalam ekspedisi peperangannya. Namun demikian tentera Islam tidak begitu mahir dalam peperangan di laut. Ini jelas apabila tentera Islam telah tewas dalam perang di Tawas yang mengorbankan banyak nyawa. Tentera laut juga ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Kejayaan tentera Islam boleh dilihat semasa Muawiyah memerintah. Beliau telah melancarkan 50 ekspedisi ketenteraan menentang Byzantine dan berjaya menakluk Pulau Cyprus pada 28 Hijrah. Pada zaman al-Walid, tentera laut Islam telah berjaya menguasai semua kawasan Laut Maditerranean. Pada masa ini tentera laut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kapal-kapal besar digunakan di kawasan Laut Mediterranean, manakala kapal-kapal yang lebih kecil digunakan di Laut Merah dan Laut India. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dalam kerajaan Bani Abbasiyah, tentera lautnya berjaya menakluki semula kawasan seperti Rhodes, Cyprus, dan Crete. Ketika zaman al-Makmun, tentera lautnya berjaya menakluki Pulau Sicily dan kawasan pantai Itali

Perjuangan tentera Islam pada zaman nabi Muhammad lebih kepada perjuangan menuntut keredaan Allah. Perjuangan mereka ini amat tinggi demi mempertahankan agama dan tidak dibayar gaji. Hanya pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pembayaran gaji telah diperkenalkan setelah penubuhan Diwan Tentera. Dibawah skim gaji ini, lelaki Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak dua hingga lima ribu dirham setahun. Pembayaran gaji kepada golongan tentera veteran pula sebanyak 2000 dirham. Tentera Junior dibayar gaji sebanyak 1500 hingga 2000 dirham setahun

Pembayaran gaji pada zaman Bani Umaiyah, secara puratanya 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga. Semasa pemerintahan Yazid, beliau membayar 100 dirham sebagai elaun tambahan. Semasa kerajaan Bani Abbasiyah, gaji yang mereka terima sebanyak 800 dirham setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan kaki. Tentera berkuda diberi gaji sekali ganda elaun tentera berjalan kaki. Ini disebabkan mereka terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.

Alat atau senjata yang digunakan dalam peperangan ialah tombak, panah, pedang, manjaniq, dabbabah. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat juga merupakan senjata seperti yang berlaku dalam Perang Khandak. Jika berlaku penyerangan secara mengejut, tentera kuda digunakan kerana kuda lebih tangkas.

Dari segi penyusunan tentera, system berbaris diperkenalkan oleh nabi Muhammad. Setiap barisan mengandungi seramai 100 hingga 1000 orang tentera bergantung pada jumlah tentera misalnya dalam Perang Badar jumlah tenteranya seramai 313 orang dibahagikan kepada dua barisan iaitu barisan hadapan yang bersenjatakan tombak atau panah dan barisan belakang yang bersenjatakan tombak dan perisai. Pada zaman Ali bin Abi Talib, system Kurdus digunakan iaitu setiap kurdus mengandungi sejumlah 300 hingga 600 orang. System berbaris dan kurdus terus digunakan sehingga zaman Abbasiyah. Pada zaman Umaiyah, setiap 50 hingga 100 orang tentera diketuai oleh al-naib. Jika jumlah tentera seramai 1000 orang pula ia diketuai oleh komander (al-amir)

Pada zaman Abbasiyah, tentera Islam dibahagikan kepada lima bahagian iaitu tentera berkuda, tentera berjalan kaki, tentera penembak, tentera memanah dan tentera bola api. Kebanyakan tentera ini berkhidmat secara tetap dan ada juga menjadi sukarelawan.

Kesimpulan

Struktur dan organisasi tentera Islam yang mantap dan sistematik telah banyak membawa kejayaan dalam siri ekpedisi peperangan. Disamping itu sifat keberanian dan moral yang tinggi serta mutu kepimpinan juga telah memainkan peranan yang penting ke arah kejayaan tentera Islam dalam ekspedisi peperangannya

Tema 6 Intelektual

Soalan-soalan yang berkaitan dengan tema 6 : Intelektual

Tema 5 Pendidikan

Soalan-soalan yang berkaitan dengan tema 5 : Pendidikan

Tema 4 Ekonomi

Soalan-soalan yang berkaitan dengan tema 4 : Ekonomi

1.
Huraikan peranan dan pelaksanaan Baitulmal yang diamalkan pada zaman
Khulafa al-Rasyidin

Tema 3 Ketahanan dan Pertahanan

Soalan-soalan yang berkaitan dengan tema Ketahanan dan Pertahanan

Tema 2 Pemerintahan dan Pentadbiran Negara

Soalan-soalan yang berkaitan dengan tema Pemerintahan dan Pentadbiran Negara

Tema 1 Manusia dan Masyarakat

Soalan-soalan yang berkaitan dengan tema manusia dan masyarakat

Huraikan peranan dan pelaksanaan Baitulmal yang diamalkan pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Pengenalan

Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berfungsi menyelenggarakan harta umum. Tujuan penubuhannya ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi Negara disamping menyediakan kemudahan asas dan juga membasmi kemiskinan. Pembahagian harta ini ditentukan secara adil berdasarkan prinsip Islam. Penubuhan baitulmal sebenarnya bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khatab dan dipertingkatkan pelaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.

Isi

Penubuhan Baitulmal pada asalnya dicadangkan oleh Khalid al-Walid berikutan Islam berkembang dengan pesat dan banyak wilayah baru serta harta rampasan perang diperolehi pada zaman Umar al-Khatab. Cadangan Khalid agar menubuhkan Diwan atau Perbendaharaan Negara diterima oleh Khalifah Umar. Pusat pentadbiran Baitulmal pada peringkat awalnya terletak di kota Madinah manakala wilayah-wilayah naungan Kerajaan Islam pula terdapat cawangan-cawangan baitulmal bagi tujuan penyelarasan. Sumber kewangan diperolehi daripada beberapa sumber seperti zakat, kharaj, jizyah, ghanimah, al-fay dan usyur.

Zakat dikenakan kepada semua penduduk Islam. Tujuan zakat ialah membantu golongan fakir, muallaf, miskin, amil, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, musafir, orang yang berhutang dan untuk jalan Allah. Lebihan kutipan zakat akan disimpan di Baitulmal dan digunakan untuk pembangunan dan kebajikan awam.

Kharaj pula merupakan cukai tanah yang dikenakan kepada semua pemilik tanah di wilayah-wilayah taklukan Kerajaan Islam. Kadar yang dikenakan ialah sebanyak 10 peratus. Bagi orang-orang bukan Islam yang tinggal di bawah naungan Kerajaan Islam atau mempunyai perjanjian perdamaian dengan negara Islam, mereka dikenakan cukai Jizyah atau cukai perlindungan. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham. Hanya mereka yang akil baligh, berupaya, masih hidup dan mereka yang merdeka dikenakan cukai ini.

Ghanimah merupakan harta rampasan perang, manakala al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tiada pewarisnya dan harta karun. Sebanyak 1/5 daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada kerajaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya diberikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

Bagi golongan peniaga pula dikenakan usyur atau cukai perniagaan. Cukai ini dikenakan kepada semua peniaga samada peniaga Islam atau bukan Islam. Bagi kafir Harbi dikenakan sebanyak 10 peratus. Mereka ini tidak ada perjanjian damai dengan Negara Islam. Bagi Kafir Zimmi pula yang bernaung di bawah kerajaan Islam, cukai yang dikenakan hanya 5 peratus. Bagi orang Islam pula cukai yang dikenakan sebanyak 2.5 peratus. Cukai usyur dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman khalifah Umar agak ketat. Beliau melarang tentera Islam memiliki tanah dan rumah-rumah sebagai harta rampasan perang. Kaum muslimin juga dilarang memiliki tanah di nagara jajahan. Beliau hanya membenarkan pemilik asal tanah jajahan takluk mengusahakannya. Sebagai ganti, tentera muslimin diberi elaun atau gaji daripada baitulmal.

Jika seorang zimmi memeluk Islam, tanah miliknya akan diambil dan dibahagikan kepada penduduk negaranya. Elaun dan gaji mereka telah ditetapkan daripada baitulmal. Tindakan yang dibuat oleh Khalifah Umar ini sebenarnya bagi melindungi penduduk tempatan mendapat sumber pendapatan mereka sendiri. Tentera Islam pula dilarang memiliki tanah bagi mengelakkan daripada perselisihan soal tanah. Factor inilah yang membawa kepada kejayaan pemerintahan Umar al-Khatab.

Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, pelaksanaan baitulmal dikatakan tidak berjalan dengan baik. Beliau dituduh meyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan sendiri dan keluarga. Tuduhan tersebut sebenarnya tidak benar kerana beliau dikenali sebagai seorang hartawan dan dermawan sejak zaman Jahiliah lagi. Pada hakikatnya, khalifah Uthman terpaksa mengerahkan rakyatnya membayar cukai lebih bagi menampung perbelanjaan tertentu. Misalnya beliau memperkukuhkan angkatan tentera laut bagi menghadapi serangan musuh. Ini memerlukan perbelanjaan besar.

Beliau juga mengambil keputusan agar tidak mengagihkan harta rampasan perang memandangkan keadaan ekonomi Negara yang agak lembab ketika itu. Ini adalah berikutan daripada aktiviti perluasan pembukaan kawasan baru agak perlahan pada ketika itu

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman khalifah Ali juga berjalan dengan baik seperti yang disyariatkan. Khalifah Ali telah menjalankan tugasnya dengan jujur. Beliau tidak pernah menggunakan harta baitulmal untuk kepentingan dirinya sendiri walaupun beliau disarankan oleh rakan-rakannya dalam menghadapi tentangan Muawiyah bin Abi Suffian.

Keadaan ini jelas membuktikan bahawa pelaksanaan Baitulmal berjalan dengan baik pada zaman Khulafa al-Rasyidin berdasarkan syariat yang ditetapkan dan tidak berlaku penyelewengan.

Kesimpulan

Dari penerangan diatas jelas sekali baitulmal memainkan peranan penting kepada perkembangan ekonomi Negara. Pelaksanaan Baitulmal zaman Khulafa al-Rasyidin merupakan asas kepada perkembangan ekonomi Negara Islam pada zaman selepasnya.